Syarat Permohonan Kenderaan

1. Semua permohonan kenderaan hendaklah melalui Permohonan Atas Talian Sistem eKenderaan dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh penggunaan.

2. Pemohonan akan dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan kenderaan dan pemandu.
  

Syarat-Syarat dan Peraturan Permohonan Kenderaan

1. Kenderaan Jabatan adalah untuk membawa anggota Perkidmatan Awam sahaja. Penumpang-Penumpang selain dari yang dinyatakan dalam permohonan adalah diluluskan mengikut kepentingan perkhidmatan bagi penggunaan kenderaan tersebut. 

2. Pengagihan penggunaan kenderaan adalah atas budi bicara Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya.

3. Jabatan ini boleh membatalkan mana-mana tempahan kenderaan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan tugas yang lebih mendesak. 

4. Pegawai yang menggunakan kenderaan Jabatan tidak layak membuat tuntutan perjalanan. 

5. Penggunaan kenderaan adalah untuk urusan rasmi anggota Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya sahaja. Permohonan penggunaan kenderaan oleh Jabatan luar atau untuk urusan peribadi/ kelab/ persatuan boleh dipertimbangkan sekiranya pihak penganjur / pemohon bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan bahan api tol jalan,elaun perjalanan dan lebih masa pemandu (termasuk penginapan) kepada penumpang dan pemandu

6. Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan (termasuk apa-apa kecederaan melibatkan kematian) yang dialami oleh pengguna kenderaan semasa dalam perjalanan sebagai penumpang dalam kenderaan yang dibekalkan oleh jabatan ini.