Peraturan Penggunaan Bilik Mesyuarat PDT DBD

(1) Bagi permohonan tempahan bilik mesyuarat akan diberikan keutamaan kepada mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah pada bila-bila masa diperlukan dan tempahan-tempahan lain akan dibatalkan.

(2) Semua urusan tempahan makan/minum adalah di bawah tanggungjawab pihak urusetia.

(3) Pembatalan permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja sebelum pembatalan.

(4) Urusetia hendaklah memastikan bilik mesyuarat sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan keadaan asal selepas penggunaan.